Backgrounds & Plaid Backgrounds
); -moz-border-radius-topleft: 0px; -moz-border-radius-bottomright: 0px; padding: 6px; Border: 10px solid #FF0080; margin:1em 20px; } -->
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Facebook Badge

Pages

Followers

Thursday 22 December 2011

RINDU

SALAM


         Petang ni aku sepatutnya ada KOKO, petang ni semua KOKO sukan kena dengar ceramah kat DST, tapi aku x pegi sebab minggu lepas coach aku cakap dia takde minggu ni, so dia bagi kitorang tanda tangan kedatangan untuk minggu ni,so, dah tanda tangan buat apa nak pegi lagi, HAHA, jahat an,,

         Disebabkan tu, aku sorang2 la kat bilik ni,......

act, aku  takde pape pon nak story ,juz nak luahkan yang aku RINDU kat seseorang ni,,huhux,,rindu sangat sampai aku terpikir nak masokkan dalam blog ,

        Ni lah kalau sorang2 dalam bilik, kan bez kalau dia ada ngan aku skrg ni, duduk sebelah aku,baring kat bahu aku, teman aku tgok crite Running Man ni, haih, beznyeee!!!!


p/s: CIK .R, teman la aku, 
     aku rindu kaw sangat2 lah!!!! 
       

Ni cuti mid sem dah dekat dah, seminggu lah tak dapat jumpe die,, hwaaaa!! mesti parah rindu aku kat dea nanti,, :(


miss u! miss u! miss u! miss u! miss u!
miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u! miss u!








Tuesday 13 December 2011

M.......A.......L........U

SALAM..

        hola, malam tadi aku ada la terbaca comment kat facebook seseorang ni.. cerita pasal aku..humm
aku sbnarnya rasa bersalah sebab mesej tu cerita  buruk pasal aku,,

      Dia kata mulut aku kurang ajar., panggil dia nama bukan2, aku tak tahu lah siapa yang aku panggil dengAn nama yang bukan2 tu.. tapi aku rasa aku takkan panggil orang dengan nama yang bukan2 selain dari sebab nak bergurau, tapi dalam comment tu ,budak tu marah gila kat aku sebab tu, tapi aku rasa mungkin gurauan aku tu terlebih kot. mungkin salah aku jugak..

       Aku ni jenis yang pendiam,pemalu, tapi sebelum jejakkan kaki kat U, aku dah tekad nak buang rasa malu yang terlampau ni,,, sampai nak tengk muka orang masa tengah bercakap dengan dia pon aku macam tak boleh, pastu nanti ada lah orang cakap aku ni sombong,..tolong lah paham ,aku seorang yang sangat pemalu...

        oke,sambung lagi, disebabkan aku dah bertekad, aku kene lah selalu bercakap, bertegur sapa dengan orang ,supaya aku dapat lawan rasa malu aku yang melampau ni... termasuk juga bergurau,, aku suka tengok orang senyum,ketwa bila aku berbual dengan orang tu, gurauan aku tu hanya nak mengeratkan hubungan sillaturahim he,, juz fun2,, takde niat nak sakitkan hati orang lain,, n lagi 1 nak bagitau,, aku ni bukan jenis yang senang marah,, so takde la perasaan nak balas dendam or nak buat jahat kat orang sangat..dalam kelas pon kalu masa sekolah menengah aku takkan bercakap selagi cikgu x suruh aku bercakap ,macam dia soal ape2 ke, baru aku brcakap...



          Tapi kat U ni ,dalam kelas aku bising, lagi sekali aku cakap aku nak buang rasa malu aku tu, so, aku tak lah takut nak tanya sesuatu kat lecture tentang apa yang aku xpaham...mungkin ada yang cakap aku ni mengganggu..annoying, hmmm,, sori la k kepada sesiapa yang rasa terganggu tu,, . aku sedar x semua orang suke kite wlaupun kita ni kononnye la ramai peminat .. mesti ada certain2 yang x suke ...


       KALAU ADA seseorang yang kenal dengan aku dari kecik tu, mungkin paham aku ni macam mana, n mungkin terkejut bila dia tengok perangai aku sekarang ni...

       
KEPADA YANG SAKIT HATI KAT AKU, AKU NAK MINTAK MAAF SANGAT2,
HARAP KORANG PAHAM KENAPA AKU JADI MACAM NI, SEBAB AKU NAK BERJAYA DALAM HIDUP AKU,, (rasa malu ni sebenarnye jadi penghalang aku nak berjaya)...
     


#AKUSUKABERGURAU#

SEKIAN.

Sunday 11 December 2011

HADIAH DARI SI DIA

SALAM

lame gile x update blog, maklum lah aku kat U ni susa nak dapat line, selalu open facebook jela, tu pon lembb cm siput...

tapi hari ni rasa macam rajin plak  nak update, sebab aku pinjam P1 4G membe aku ni,sementara belum pulang ni baek aku update blog yang dh bersawang ni,, hehe,, lagi pon aku ada sesuatu yang nak  dikongsikan...

Malam tadi, Cik . R tiba2 ajak aku jumpa  kejap , aku pon xtau knape, rindu ke?? haha,, sebab dia balik JB,ada kerja yang dia kene buat ngn kawan2 dia ,so sabtu ahad x dapat la nak jumpa,,

tapi aku plek gak , takkn stakat nak jumpa kejap je,, kalau betullah rindu mesti dia ajak lepak lame2 , pegi minum ke.HAHA!

 Mule2 die ajak jumpe pukul 8.30 gitu laaa, tapi tunda pukul 10 lbeh sebab dia ada dengan group kelas dia..

K la, jumpe la kol 10 lbeh tu dekat kedai makan depan kolej aku tu ,,

n then dia cakap "awak,saya ada nak bagi sesuatu ni",



,actually, aku dah dapat agak sebab dari mula aku nampak dia, dia asyik masokkan tangan dia dalam kocek sweter die je.. hehe

pastu dia kluarkan lah hadiah tu , dia bagi aku.,,
time tu mulut aku dah x bole nak tutup da senyum, haha :)
situasi aku masa tu, aku nak tengok je muke comel die tu lame2,

nak tunjukkan yang aku sangat suka, tapi x boleh, t aku yang malu ,HAHA!
sebab aku ni jnis xboleh tenung muka pompwan lame2,
so, aku cakap jela "trime kasih",

pastu aku bukak la nak tengok apa hadiah dia bagi tu,,



click to enlarge



,seutas jam.hehe,dia beli masa balik JB..
aku suka jam ni,, design die smart,.. dah bukak tu aku saje2 je suruh dia pakaikan, HAHA!!
(gedix btol),.. bia la awek aku!! :D, haha

dia pon beli jugak ,,same je macam ni, tapi dia punya pompwn punye design laa..

 terharu sangat  sebab dia sentiasa ingat aku even  tgah sronok jalan dengan kawn2 dia ,
 ni lah tanda dia pandai hargai aku,

terima kasih Cik. R..<3
sayang kaw!


k la , ni je dulu nak kongsi dengan anda sume,,
daa

SALAM.

Friday 18 November 2011

MALAYSIA INDONESIA

SALAM


hye readers,
da lame tak update sebab malas, hehe ,tapi malam ni macam rasa nak post sesuatu pulak , sebab esok dah nak balik U, so aku dah tak selalu dapat online..
dan lagi 1 yang buat aku rasa semangat nak update sebab ada sesuatu yang aku nak crita,,


Pasal Sukan SEA sekarang ni dekat Indonesia tu, tadi  aku baca paper pasal sukan yang Malaysia menang bola dengan Indonesia 1-0 tu kan,,oke aku tahu semua dah tahu,,goal from Syahrul Azwari yang menyeyapkan penyokong2 Indonesia, HAHA!






tapi bukan tu perkara utama ,point utama post ni ialah aku tak puas hatinye pasal penyokong2 Indonesia, kenapa diorang perlu benci sangat dengan pemain2 Malaysia, juz terima jela yang team korang dah kalah, ni sampai ada yang siap tunggu dekat depan stadium nak cederakan pemain Malaysia semalam, masa aku tengok berita tadi , pemain Malaysia terpaksa naik kereta tentera untuk balik hotel diorang  sebab beribu penyokong Indonesia ni nak buat dajal kat diorang.Padahal hotel diorang tak sampai 1 kilmeter pon dari stadium.


Perkara mcm ni bukan baru sebab masa Malaysia lawan Indonesia masa Piala AFF Suzuki tu pon sama, masa tu Malaysia menang agregat 5-2, pemain2 terpaksa keluar naik kereta kebal sebab alasan yagn sama, penyokong2 Indonesia tak puas hati,



Malaysia dgn Indonesia kan negara serumpun , mengapa perlu rakyat Indonesia benci sangat  dengan rakyat Malaysia,pekerja2 dari Indonesia dekat Malaysia ni diberi layanan baik , cuma ada segelintir saja yang tidak kerana mereka masok secara haram,,tu pon salah diorang,sape suruh masuk cara haram, tetapi rakyat Malaysia di sana diberi layanan yang sangat buruk,.apa yang Malaysia dah buat sampai Indonesia anti sangat dengan Malaysia??

haih ,aku pon tak paham...pikir-pikirkan lah

SALAM

Sunday 30 October 2011

PART 1 sudah berlalu~

ASSALAMUALAIKUM


       haih, suda lama tak berblogging. naik berabuk+bersawang suda blog aku ni, sbenarnye memang banyak benda nak cite, tapi disebabkan adanya KEMALASAN ,semua tak jadi , haha
walaweyh~


        first yg terlintas kat kepala aku bila nak berblogging arini pasal erm,, haha, ape ek??
Oke la , disebabkan tak lama lagi aku nak naik semester 2, ni aku nak cite memori semester 1 aku kt UiTM Segamat,


jyeah,, UiTM DiHatiku (slogan yang hnya diucapkan di mulut saja) !!!! hahax,oops!


1.Orang kata UiTM Segamat ni tak best, kawasan pedalaman
      haha, pedalaman pulak kan,,bagi aku ada lagi yang lagi pedalaman , bagi aku bez jea,, orang yang cakap tu nak yg perfect je, nak kawasan grand2, kalau boleh nak sebelah KLCC , kau nak belajar ke nak jadi market, hahax, orang bandar la konon, macam tak pernah ratah sambal blacan depan tv!! xp


2.Orang kata "nanti kau masuk Universiti kau akan terasa kejutan budaya"
      ni mungkin ada sesetengah orang macam tu kot, yang tak biase duduk asrama , budak2 yang selalu duduk bawah ketiak mak tu kan , haha, perasaan rindu pada keluarga tu memang semestinya ada , aku pon mula2 macam tu ,hehe. tapi dah lama2 oke je, lepas dapat member2 kat sana kan, dah tak kesah dah semua tu ,Pasal kejutan budaya, aku tak paham , apa budaya yang terkejutnye, haha, .(ayat)
Apa2 pon kena berdikari la eh!


3.Cikgu masa sekolah pernah cakap "masa sekolah ni tak perlu lah nak bercinta sangat, nanti dah masok U baru la cari ,baru ada kelas, gatal2 kan diri tu siket"
     haha, cikgu ni buat aku gelak, tapi betul jugak, aku rasa masa U ni dah bole la nak bercinta, dah dewasa siket, aku pon dah ada sorang, aww aww~, ahahaha gatal
tapi aku tau korang masa sekolah rendah pon da bercouple kn? kn? ,takyah tipu, haha


tapi aku nak pesan siket, jugak kepada diri aku ,bercinta tu jangan sampai lupa study, boleh jugak jadikan couple korang tu teman study, haha,mmg semangat la kau study yekk cmtu!! :D


jaga batas pergaulan


4.Universiti bukan macam sekolah!!
    ha!  yang ni betol,, antara kelainan nye kat U:


- korang da tak payah nak pakai uniform bagai , baju putih seluar hijau, baju putih kain biru,,ahaha


-dah takde sape kesah kau nak pergi kelas ke, nak ponteng kelas , lecture tak marah langsung,takde da macam kat skolah dulu,kena rotan la,ketuk ketampi ape semua tu ,mak korang pon bukan tau kan korang ponteng ke ape,, tapi tibe2 surat amaran sampai,x pasal2 kaw kene buang U haha,padan muke!!
 aku maksudkan korang kena lah pandai jaga diri korang sendiri, dah besarkan , berdiri di kaki sendiri


-markah dikira secara carry mark, maksud aku setiap ujian,quiz dan assgment yang korang buat tu semua mwakili separuh markah korang, lagi separuh markah dekat final exam,,  x macam sekolah ,korang boleh buat main2 masa ujian sebab hanya final exam yang di ambil kira, tapi kalau korang buat macam tu dekat U,, korang cari nahas!! haha


-disebabkan markah dikira macam tu ,korang kenalah sentiasa study, maksud aku bukanlah study je hari2,,mksudnye korang kena sentiasa igt perkara yang korang belajar sebab senantiasa ada quiz,ujian, yang kadang2 jugak dibuat secara mengejut,masuk2 kelas lecture cakap "oke ,arini kite ad ujian ",, ha!, abis kaw kelam kabut kalau x ready,,,tapi setakat  ni kelas aku lecture bagitau bile ade ujian ,,yang aku mksudkan orang lain,, hehe


"sediakan payung sebelum hujan"


hah, amek kau peribahasa suda klua, haha


5.Kenalah pandai berjimat!!


  hoho,, dalam bank duit PTPTN ade beribu , memang sedap lah, abis je amek, abis je amek,, sedar x sedar sem x abis lagi baki tinggal 10 hinggit stngah, haha, aamek kaw, makan pasir la.
ada sesetangahnye selalu la pergi berjalan shopping ape sume,, yela, takde sape yang nak halang an,

aku pon same je sbenarnye, hehe, kalau kluar bndar ada je bnda nak beli, bnde bukan2, nafsu sume tu!!

kene lah pandai berjimat, pulak dekat U makanannye mahal2 , kalau nak lagi berjimat makan la maggi ,sekali sekala la, jangan selalu, tak elok,,


hmmm, tu lah serba sedikit yang dapat aku kongsi,, mungkin berguna kepada adik2 yang akan melanjutkan pelajaran dekat U nanti ,, hehe,,ni nak promote sket ,:

masok lah UiTM , yuran murah weyh,, ahahahahaha



gudbyeee!



     

Tuesday 18 October 2011

BERSALAH :(

SALAM.,


         hmm, saya rindu awak, saya nak sangat jumpe awak sekarang!!!
tapi awak cakap ,"sorry, saya x dapat nak kluar"

ermm, perasaan marah tibe2 muncul dalam hati aku,, dalam kepale otak aku nak marah dia je, tapi patot ke?? memang patot!!, tapi lepas dgr sebab dia taknak kluar tu aku rasa bersalah,, dia taknak kluar bukan sebab die TAKNAK ,tp sebab dia sayang aku, tu yang aku sedar,


click to enlarge


hmmm
patot ke aku marah die?
:(
die taknak aku bosan bile same2 dengan die
sebab tu die xnak klua,,
tapi aku, x pkir pape
nak ikotkan marah aku jek
:'(


p/s:awak, saya minta maaf, saya x ptot marah

MAAFKAN SAYA KALAU BUAT AWK KECIL HATI PASAL NI

really2 sorry
:'(

SAYA SAYANG AWAK!! <3

Tuesday 13 September 2011

BERSAMAMU

SALAM


   Pejam celik da nak habis da semester 1, minggu ni aku da mula xde kelas , pikir2 memang taknak balik ,tapi disebabkan ade hal aku terpaksa la balik dalam minggu study week ni, minggu depan aku da start nak final exam.
,
    Aku decide la nak balik semalam secepat yang boleh, kebetulan pulak Cik.R pon nak balik jugak, die dok JB, tiket balik Mersing takde aritu, So aku kene la naik JB dulu then bru amek bas pergi Mersing, kitorang decide nak balik sama , dalam pkol 11.15 pagi gitu kitorang gerak pergi stesen bas Segamat, lepas dia setelkan semua kerja dia and lepas hantar kad pelajar .


    Sampai stesen bas dalam pukul 11.30 cmtu la, then pergi beli tiket kol 12, pstu kitorang pergi makan dulu sebab aku blom makan lagi, (huh,order punye la power, makan  x abis ,membazir)haha,..


     Punye la sejuk dalam bas ,pulak lupe na bawak sweter,perghhhh,aku ngan Cik.R, smpai kaki naik atas nak mngecutkan badan ,  sampai terpikir nak amek kain langsir bas tu buat selimut, HAHAX,


       Aritu memang aku rasa bahagia sangat dengan dia, memang sehari tu aku dengan dia je, time dalam bas bile dia pandang mata aku, aku try jugak nak pandang mata dia, wlaupun sbnarnya aku tak boleh, haha...(poyo)
time tu dalam hati aku "BERTUAHNYA AKU DAPAT DIA NI, HARAP AKU KEKAL DENGAN KAU CIK R",  <3, macam-macam cerita kitorang bual, yang banyaknye tentang dia la, aku dgar jek, hehe, sebab aku ni bukan pandai bercerita sangat. 


       Sampai JB dalam pukul 3 , pergi cari tiket aku dulu, cari punye cari dapat la tiket pukul 5.30, so ade mase dalam 2 jam stngah, lame lagi tu,dia boleh nak ajak aku pergi rumah dia,,haha, memang tak la, segan beb ,So, dia nak teman aku sampai aku naik bas, dia msg mak dia bgtau,
Kitorang pergi makan ,jalan2 kat sekitar Larkin Sentral tu jek,, snap2 pic, memang rasa bez sangat arh, hehe, bahagia ngan dia , :D..

   
   
Rasa sekejap je dah pukul 5.30, so ,pegila kt bas platform 33, rasa taknak plak tinggalkan die an, rasa nak date sampai malam, hehe, tapi takpe la, nanti cuti kita date lagi, bye :D
"akusayangkauCik.R"


     

     

Friday 2 September 2011

HARI RAYAKU!!

SALAM


   hehe. dah lambat nih nak story siket cerita raya aku tahon ni yang kire best jugak, tape la, ni je time nak story,
       Sehari sebelom raya, aku bersama pakcik aku and spupu2 aku yang kecik2 mencurahkan tenaga mencantikkan rumah atok kitorang, mengecat rumah!, sehari dah nak raya baru nak cat, haha, jiran sebelah rumah siap sound "haih, orang dah nak raya ,kaw baru nak mengecat", ,, "eh3, suke hati la, aku cat jugak janggut kaw tu karang", cakap slow2 ngn kazen aku, hahax










HA, tu la hasil rumah atok aku lepas di cat, dapat jugak berbakti mencantikkan rumah atok aku nih, hehe,
        
      Malam raya, memang meriah , ramai saudara dah sampai, tengah2 aku lepak dok depan tv tu, ade la plak free show adek aku ngn kazen aku yang kecik2 nih buat, sakit perot gelak, haha 
hehe, suare pecah sket, gambar  tak brape terang, coz aku rakam gune enpon murah aku ni jek, hehe
da lepas buat kecoh, semua terbongkang tido, haha

        Di pagi raya,pergi sembahyang raya di masjid jamek , pehhh, ramai gile orang, sampai bentang tikar ,pastu sembahyang himpit2, nak sujud pon susah, smpai orang belakang sujud ciom tapak kaki aku, haha .tapi dalam sempit2 tu dapat jugak sembahyang, oke lah.!!  Dah abis sembahyang keluarga aku macam tahun2 sebelomnya beraya lah dekat rumah atok aku yang kat mersing ni jek,  lame jugak tunggu nak bersalam, sampai tertido,dah dekat tengah hari baru lah beraya/bersalaman .


da abis sesi air mata , sesi fotografi plak , tahun ni baju aku kaler purple,semua gelar KELAURGA RIBENA!!
hahax
ada lagi sorang adik, tapi xnak amek gmbr ,merajok!

family lelaki

lepas sesi fotografi, sesi bagi duet raya plak, dihulur jugak kepada aku, so, orang kata rezeki jangan ditolak, so, aku kebas jela!! haha

oke, abis la , lepas tu semua da buat hal masing2, tapi sebelum tu kitorang berkumpul ramai2 ,berborak la macam-macam cerita, sorang2 mulut memang x boleh diam, riuh je rumah.haha,seronok gile!!
oke, tu je nak story dulu, penat dah menaip, hehe,harap korang boleh kongsi camna hari raya korang jugak, daa
tengs 4 read, 

BYE!!


Sunday 28 August 2011

BALIK CUTI RAYA

SALAM ,


pejam celik pejam celik dah dekat sebulan puasa,dapat cuti seminggu , budak-budak UiTM semua sebok la nak balik,ada yang balik awal, macam roomate aku, hari rabu dah balik, pehhhh jelez gak an, dia kata kelas dia semua dah ganti,, ,


         Aku kalau boleh memang nak balik awal, dalam hati ada gak rasa macam nak skip kelas. haha, tapi hari jumaat tu ada Quiz pulak, pergi jela, lagipon memang aku da bli tiket hari Jumaat , tgah2 kelas tu ada je lagu raya berkumandang , haha, ,bese la tu an, dalam hati tak sabar rasa nak tggu kelas geometry habis, ada budak2 kelas yang lepas kelas terus gerak balik, 






haha, ni la suasana lepas habis kelas , yang perempuannye bciom-ciom, haha, yang lelaki pon nak semua steady je, cool an, budak2 laki kelas aku memang cool    :p. oke la, tu je nak story, daaa


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI :)




     

Saturday 27 August 2011

Cik . R :-)

SALAM


Cik .R?? nak story sikit pasal seorang gurl yang telah memancing hati aku nih, cehh haha, aku kenal dia masa modul ,(tak kenal pon), act, first jumpa la,,kitorang satu group, tapi tak berbual pon, kenal la skit2 dalam facebook, chat2, aku layan jela , ps uh 1 hari ni die msg aku, aku layan jela ,and makin hari makin selau la msg die, n dup dap dup dap timbul la perasaan sket2 , memandangkan aku tgah single , so on je la,,hehe.and 1 hari tu rasmi la kami berdua bersatu :D


    Kitorang selau jugak la jumpe, dah dekat an, huhu, lepas fes tyme klua ngn dea aritu, lepas tu selalu je nak jumpe, jln2 pusing U, lepak2 , sahor sama2, bbuke sama2 , semakin hari semakin sayang, huhu,


APA YANG AKU SUKA PASAL CIK. R??


1.happy go lucky
2.senyuman die
3.banyak cakap(sesuai dgn aku yang pendiam nih)
4.pandai jugak buat aku gelak.
5.pandai sangat hargai aku.
6.aku suka bile die cakap Jepun, hee
7.Dia sayang aku,Aku sayang dia <3
   NI PALING PENTING!!!! :-D




Cik R
APA YANG AKU KAGUM PASAL DEA?
1.boleh main gitar
2.kreatif
3.pandai speaking Jepun

masa besday aku aritu 23/8, Cik. R ade bagi something yang sangat-sangat aku suka, sangat-sangat buat aku terharu, sangat-sangat buat aku sayang kt dea, hehe

adiah ari jadi dari Cik. R
hoho,dia bagi masa kitorang lepak kt pondok tngah2 kolam lepas penat berjalan pergi bazaar. 
Masa dapat adiah ni ,bahagia sgt , syum je aku time tu, kalau bole aku nak berenang dalam kolam gaya kupu2 mcm atlet olimpik tu, , nak menunjukkan rasa bhagia aku tu, haha,

adiah ni dia buat sendiri,siap ade poem lg yang dia buat sendiri, , trharu aku!! hee


p/s:tengs ye wak , saya hrgai sangat adiah ni, sy jaga baek2, I LUV U SO MUCHHHHH "Cik. R"!!!!!! :-D





Saturday 20 August 2011

BEZNYER BALIK!! ~lalalala~XD

SALAM,


19/8/2011,lebih kurang seminggu sebelum raya, kali kedua aku balik ke rumah lepas cuti mid sem aritu, balik sebab nak jumpa dengan paklong aku balik dari oversea, maklumlah setahun sekali je balik, kalau tak balik tak dapat lah na bjumpa, minggu depan (raya) dia dah balik America, so, nak taknak kena lah balik minggu nih kalau nak jumpa,. Member2 semua tak balik sebab minggu depan nak balik lagi, and sebab diorang dah balik minggu lepas tinggal aku sorang-sorang, kali ni bia aku plak tinggal kan diorang ramai-ramai,  =D.
sampai-sampai rumah online facebook ,dgar2 crita UiTM blackoutttt!!!, HAHA, aku takde blackoutt, nampak sangat aku ni bawak tuah kt UiTM tu, :P TDDMKA,(Tngn Di Dada Mata Ke Atas),hahax


       Aku balik sama2 dengan kazen aku, dia skrg Part 6,course sama dengan aku (quantitative science),, bilik dia pon tak jau dari bilik aku, aku ajak lah dia balik Mersing sebab dia pon belom dapat jumpa lagi pklong kitorang,.


      Excited gile nak balik, yelah aku jarang balik, bagi diorang yang dah selalu balik tu biasa lah.Sampai Mersing dalam pukul 6 petang, ayah aku amek kat bus station,masok je kereta,bpk aku ckp
"balik ni cepat-cepat mandi, arini kita bbuka ramai-ramai dekat rumah atok," ,huh, tkejot gak aku, ramai-ramai?? sape lagi balik, takkan la paklong aku balik bawak family dea, stahu aku dea balik dengan family 3 tahun sekali, masok rumah aku letak beg, turun dapor tengok mak aku tga masak mee goreng (mee goreng mak aku sedap!!haha). Aku salam and pelok die, "banyak masak, nak bawak pegi rumah atok ea?. sape je lagi yang balik??" , and then mak aku cakap ada saudara aku dari Kota Tinggi dan Segamat balik,  ouh, baru aku tau,,  


        Sampai je rumah atok, aku nampak dah kereta saudara-saudara aku. huhu, gembira hati tengok rumah atok aku meriah,hehe, macam menyambut kepulangan aku, cehhhhhh, haha. Sementara tunggu berbuka, sempat lagi aku ngn sepupu2 aku main bola, haha, 


          Juadah bebuka puasa, pehhhhh tak payah cakap lah, 2 meja sambung pon tak muat, beznyeeee!! slalu makan nasi bungkus jek, tak nasi bungkus makan kt masjid dalam UiTM tuh, huhu, first time brbuka bersama family,meriah seyh!!, haha, tambah pulak sdare2 aku dari Kota Tinggi nih suka bercakap haha, memang tak senyap arh time makan tu, bising jek, aku je yang diam, sebab aku ni sbnarnye memang PENDIAM, 
HEHE!


         Da abis makan ,solat , lepak la depan tv ,huhu tengah2 layan tv ,ternampak lah satu benda yang aku gila2 kan, iPad, haha, tkejot aku, ni mesti paklong aku punya nih, aku amek, test power,  bukak game ANGRY BIRD, perghhhhhh bez gile ,, tu kalau dapat 1 tu, tak klua rumah aku, haha, lama mengadap bnda alah tu sampai x prasan jam dah pukul 10 malam tuh,,


        Spupu aku sorang ni pulak ajak pergi jalan2 bandar Mersing, haha, aku join la, mklom lah, da lama tak mrayap bndar ,pergi pasar malam, tade nak bli ape2 pon ,juz jalan-jalan, lepak2 kat bandar baru tu,huhu


        Esoknya pulak, lepak2 ngn member kt bndar, hehe pegi CC maen game, lame da xmaen same2,
time berbuka pergi bazaar dengan family ramai2, tercapai hajat aku nak pergi bazaar, ingat balik sekejap tak dapat pegi,huhu,, macam-macam gak beli, teringin nak rasa sotong bakar, pegi la beli, walaupon sambalnyee da abis, hehe, malmnya plak org pergi solat terawih aku pergi tengok bola dengan member2, haha ape nak jadi!, lepak kat bndar baru lagi, 


        21/8/2011, hmm, arini da nak balik, jup lagi ,bas aku pukul 10, malas btol nak pack barang, haih,
minggu depn balik lagi cuti raya, hehe, aku harap meriah lagi la rumah atok aku minggu depan, jyeahhhhhh
=D

       







Saturday 23 July 2011

SUNYI :(

xtau la na post ape, tp aku nak post sebb ni jela time nak post , lepas ni dah balik U tu takde masa dah, dengan wifi nye bengong,


 ermm, sbnarnye  aku mmg ad 1 benda nak dluahkan nih, tp rsaw plak an,


oke,aku crite secara selamat, aku ada sdeyh la dgn seseorg nih, kadang2 aku ni mcm org bodoh je die buat, aku ni macam tade pape , aku dah lama sabar sbanrnye, tapi nak dilepaskn sabar ni pon x boleh,
apa aku boleh buat, so, aku kena sentiasa bersabar , nak lagi tepat, "ditelan mati emak,diluah mati bapak"
ha, mmg bole digunapakai la peribahasa ni dengan keadaan aku skrg.


aku kekadang rasa malas nak fikir pasal ni,xde pekdah, tp aku x boleh elak, aku mesti nak tringat,
dah bila tringat tu mula r nak berangan bnda2 yg bwat aku x senang , haih :(


aku slalo rasa SUNYI. .. lagi2 masa fes2 time masok U dulu , aku ni x pnah dok asrama, 
mula2 smpai biase la, dgn takde mmbe lagi an, perghh, rasa sunyi jek, 
ha! time ni aku perlu sangat seseorang tok teman aku, naikkn mud aku , tapi takde , klaw roomate aku klua an,
dox la dlm blik sorg2 ,haih bosannya, ape aku nak bwat, mesti aku tringat kt seseorang nih,
harap2 boleh la tlong teman aku, aku sllo gak mesej die time2 cmtu,
tp bile takde respon tu, haih, sdehnye rase, :(, rsa mcm orang tak dihargai, 


aku harap lepas ni ada lah orang yang boleh sentiasa teman aku bile2 masa jek.
aku perlukan orang mcm tu  :(

Tuesday 19 July 2011

HAI, SOME U STORY

SALAM

hmm, suda lama taak post, da naek bersawang blog, semenjak smbung blaja kt U nih, tade masa tros nak update blog, kat sana susah, wifi ada tp mcm takde, so aku just guna klau btol2 perlu jek,


meyh aku crite sket pngalaman aku slps 2 bulan kt U tuh,


fes nak crita, pasal roomate aku, hehe, yela ,org pling dekat ngn kita kat sana an,
oke, roomate aku oke jek, sume baek2, 1 bilik 4 org
faiz, bob, mawi, aku.  mmg the beST r diorg nih,


yg lagi best nye, roomate aku sorg nih(mawi). org mersing gak,
haha, mmg kbetulan ,seng la nak balik, bole sama2 an,
aku crita lbih la psl dea coz dea part 1,sama ngn aku,
aku rasa mmg brtuah la dpt roomate cm die nih, sbb die ni pon jnis kuat bersukan gak, mcm aku
so, senang la petang2 nak ajk berjoging an, hehe, bola pon boleh maen, same jugak mcm aku ni yang gile bola, mempunyai klebihan mlot yang sntiasa brcakap, haha, bgoz la, sbb aku ni jnis pendiam, klau dea xde, sunyi kot rasa blik ,(tpi kkdg aku grm sbb aku xboleh nak bckp) haha!


oke, strosnyee nak crite la sket psal mmbe lame aku nih, FARHANAH ATIQAH,
dea pon dapat kat segamat gak,
hoho, aku rasa die kwn yg pling lama aku knal kt uitm tu, dari skolah rendah, naek skolah mnengah mmg kitorg same jek, tp fom 4 die pndah JB, tp kt U jumpe balik, wakaka, tak sangka plak an,





crita plak psal kelas akuh, yang diberi nama JCS1131A
dlm kelas ni juz ad 5 laki jek daripada 28 , haha so  ada 23 pompwan la
(ckop kuota), ada lbih lg tu, haha

emmm, oke la klas nih, bez gak r, mmg riuh sket, tp oke la
aku suka!


dari tarikh start masok aritu 21/5/2011 smpai la hari sabtu lps  16/7/2011 ,aku mmg stay kt U tuh, x pnah blik,
haha, gile kan, mmbe2 aku sume selalu jek blik, ad yang tiap minggu balik, tapi aku bru ni la blik, cuti mid sem,cuti sminggu, ni la tyme nak tulis blog nih, haha


blaja dkt U sgat jaUh berbeza dgn  skolah, suasana yang sangat berbeza, tiada lagi uniform,tiada lagi perhimpunan, kena pandai berjimat, n yang paling penting tiada lagi istilah "study last minute"
anda akan menyesal jika  berbuat begitu

SALAM



DOAKAN KEJAYAAN AKU DI SEMESTER 1 NI
:D


Sunday 15 May 2011

KERJA oh KERJA~(part 5)

SALAM


arini aku last keje kat WARONG ATAP tu, huhux, rasa sedih pon ada, rasa sekejap jek,da la, nak smbung crite sengal nih

SENGAL 1

datanglah 2 mamat perang ni, dengan pakai uniform askar an, sorang dgn misainye, perghhh, garang  nmpak, lg sorang biasa jek, order la, tgah2 order tu

                                                            teet teet, teet teet,

hoho, askar yang biasa ni punye enpon byi, mesej la tu, da order tu pegi antar order, dari jauh aku nmpak mamat 2 orang nih main enpon jek, lantak die lah, aku nak myebok bwat pe, hahax

ps uh, air die ,antar ar, smpai meja die, bunyi lgi si askar biasa tu

                                                          teet teet, teet teet

hmm,bunyi mesej lg la tu,aku da anta bla ar,,
dalam 5 minit gitu, mknn diorg siap "nasi goreng kampung" kot tak silap aku.
aku lagi la yg pegi anta,smpai je kt meja ,aku dga

                                             i want nobody nobody but you,
                                             i want nobody nobody but you
                                             .........

hoho, enpon sape plak nih, full volume plak uh,blkg meja askar ni ada cstomer pompuan,
"enpon die la tu"

oh,slah jangkaan aku, aku nmpak askar yang misai uh angkat tepon,,

BHAHAHAHAHAHA!! die punye enpon,

SEDAP RINGTONE! =D, muke gngster, ringtone lagu nobody, hahax, x tahan nak gelak ouh, wkaka~

"MUKA LEGEND, HATI CUTE"


 SENGAL 2

sblom nih aku tak pnah crita yg kat kedai nih ad sorang pkerja yg agak2 "straight" sket an,hehe HA!, ad sorang akk nih,. ad ksengalan y die buat

ada 1 time nih orang rmai, jadi kitorang kne keje cepat, sblom cstomer duduk kitorng da amek order  an,haha, so , klau dah mcm ni tak tau la cstomer sume dduk meja mane dgn berserabot rmai org an,

yg kwan aku nih da pning ,so die order air ,kat bwah kertas die tlis perwatakan 0rg tu, so, nnt senang lah org yg hntar air crik tuan punye air tu,

ad 1 nih die tlis

                                     BAJU MERAH, MUKA PENOH JERAWAT

bhahaha, jaat tol. aku tgok pon tgelak,
oke ,lpas air die siap, akak yg aku ckp straight nih buat rajen plak na anta air uh, 
die bace die pon pegi carik tuan punye air tu, aku fllow blkang tkot tslh antar,

hmm,smpai meja org uh, "btol la air org nih"dalam hati. lega la sebb akak nih antar tmpat yang btol
tp ada 1 ksengalan y die buat,hehe

smpai je meja org uh,die pegi tnye cstomer tu, XD

"makcik ke pakai baju merah dgn muka penoh jerawat???"

BHAHAHAHAHA! aku kt blakang da segan ,astaga! knape la die pegi tnye cm tu, tgok je kan da ckop. tayah la tye cm uh, nseb la cstomer  x marah, hahax sengal2!

oke, tu jek tok kali nih, nantikan CERITE SENGAL strosnye


SALAM!

Saturday 14 May 2011

KERJA oh KERJA~(part 4)

SALAM

da bape lama tak update blog nih, aku malas arh, byk story nak crite, lagi2 pasal kerja aku, hahax, byk bnda sengal baru nak crite, yang lama2 pon x abis lagi, da lupe da pon,hehe,tape2 kali ni aku crite byk mane yang sempat, oke, jom sambung THE SENGAL STORY =D

SENGAL 1

datanglah 1 fmily nih duduk kat meja 12,rmai gak anak2 die. sume kcik2, mase tu aku hntar air kt meja sebelah die(meja 11), da hntar aku letak dulang datang balik order, smpai kt meja die, aku dgar ank dia cakap "ayah2, lawanye straw tu, wrna wrni" smbil tgok air meja 11 td,huhu aku buat tak tau r,  amek order

aku: air ape??

so, sume sbot la air masing2, milo ais,teh ais, epal ais la, sumenyer ais, huhu, sume da order, jup lg ank die mngarok

anak 1: ayh. adik nak straw wrna merah

klau da sorang bbunyi, yng laen2 pon ikot buat gedix arh," nak wrna kuning,"  "nak warna hijau"  macam2 warna mintak, da 1 keje aku nak tlis wrna straw pulak ,ADEHHH hahax. macam-macam.

aku sabo jela, dlam hati aku, "sabo jela, budak2, biase la tu",

da abis sume mintak, aku pon bjalan la nak pegi antar order, jup g bapak die pggl, 

"adeh, ape lagi la pkck nih, ni klau x order air suam mesti nak air kosong" dalam hati.

aku pegi la, "ye pkcik?

die sengeh2, aku da sedia da nak tlis nih, jup g die ckp

"ERM, PAKCIK NAK STRAW WARNA KUNING TAW!"

 bhahaha,aku ingat ank2 die je bgedix, ngn bapak2 pon same hahax, aku x tulis pon, aku pusing bru aku tulis, sebb aku nak tgelak,=D


SENGAL 2

aku duduk la brehat da penat2 uh, jup g ade sorang mkcik ni dtg dok meja sebelah aku, (erm, tak payah cite pasal amek order arh), da lame die dduk, jup g henset die bunyi, die bace2, tibe2:

"SIAL,VAVI ,KUANG AJO BTOL LA, X GUNE PUNYE ORANG"(bygkn la mkck ckp cm uh)

tkejot akuh, ttibe je  mkck ni, apsal an, bace mesej pon cm gitu skali. ps uh die dtg kt akuh,

"eh, apsl dtg kt aku plak, mmpos aku"dlm hati,

mkcik:dik2, bole tlong mkcik replykn mesej ni tak, cakap kat die MAKCIK DTG SINI BUKAN NAK BCINTA , MKCIK NAK CARI KERJA"

rupe2nye ade laki nak cple ngn dea, tp dea taknak, korang bygkn mkcik da tue gitu nak cple2 lagi, BHAHAHAHA,

aku amek enset die, kat ats tlis

FROM: pakwa 4

BHAHAHAHA!, sumpah aku da tak tahan nak gelak, kt situ gak aku lepas, haha,

smbil reply tu la aku gelak jela, da siap ,aku bagi blik enset die, tros pegi tndas, (tmpat y selamaT tok lepaskan segala gelak) ,hahahahax

keyh, penat da nak taip, lenkali post lg, bye, tros follow,

bye, SALAM

Sunday 8 May 2011

UNIVERSITI MENANTI

SALAM

6/5/2011, aku dapat tawaran masuk U, (UiTM), happy gile!! huhu, tapi masa tu,, tak tau lagi kat mana ,dia juz bagitau dapat U apa je. tempat die bagitau esok,aku punyalah berdoa dapat kat melaka, sebab pe nak melaka?? err err, sebab err, seb sebab ,sebab tu la, hehe, sebab tu sebab tu  <3, HEE
,

7/5/2011, aku tak cek lagi sebab tak sempat, aku ada lawan futsal (post bwah tu), erm sampai je rumah pukul 4 pagi tu, teros cari laptop, bukak, berdebar-debar seyh, bukak2 je, ada tulis kat surat tawaran tu,


aku dapat dekat SEGAMAT, huhux, hampanya rasa masa tu, tak dapat MELAKA,

tapi aku bsyukur dapat jugak masuk U, x kesah la mane2,
bgos nye dapat segamat nih coz die bukan bndar besar, so ,aku x la sosial sgt t, belanja pon leh jimat,

p/s: kite still bole meet, segamat an dekat je ngn melaka, =D

keyh,SALAM

FUTSAL I METRO ZON SELATAN

SALAM


haa!, tgok paper nih. ZON SELATAN MERIAH!!!!

hehe, ada 372 team yg masok kali nih, team aku salah satunya, team aku bernama  (jeng3) VIVO BONITO!!  haha, nama mcm gempak an ,tp main taklah segempak mana ,biasa je.

team aku kira boleh dbanggakan jugak. lepas peringkat kumpulan ,kalau nak dibandingkn ngn team lain yang dtg dari selangor, KL, n lain2, team aku nih main TANGKAP MUAT jek, pemain die main amek je mana sempat, ada orang mersing. JB, haha, yang lagi best, tak pernah ada latihan pon, tu oke lagi, 1 team ad yang tak kenal pon ada, hahax, gile!!,  contoh dia keeper kitorg , org JB, kitorang tak pernah kenal pon die, smpai sana boleh tanya " Eh, mane keeper kite??", padahal budak tu kt sebelah kitorg jek, HAHAX

okeh, cite pasal main, FIRST MATCH: kitorg lawan FERROR FC, perghhh!!, team besar nih, coz aku tengok kat baju coach die siap ada laman web team, ape nta web die, aku dah x ingat, nak dibandingkan dengan team kitorang memang jaoh beza. lawan la, nta pape kitorang main,  hancus!!!, haha, kne 3-0, ps uh last2 kitorg
dpt gak gol, aku y score, HEHE, (x pyh bngge la , da kne 3-0),


oke, SECOND MATCH: kitorang lawan SALZURAN FC, huhu, tgok orang die bsar2, da cuak sket, tp main jela, first2 kitorang kene 1-0, tak smpai sminit, kitorang plak gol, kali nih, geng aku score, tp aku y tukang past kt dea (haha, nak jugak), so, 1-1, main punya main, GOL!!!!, team kitorang gol. kali ni aku yg score, rembatan dari tngah gelnggang, (ha!, kali ni bole bngga =D), so, kedudukan 2-1. time nih, kitorang main bertahan jek, last2 raph tiup wisel ,,WUARGHHHH!!  MENANGG!!!, haha, dalam hati aku,"ada gak menang team tangkap muat aku nihh", haha, yang lagi best, aku score gol kemenangan, hahax


so, kitorang lepas peringkat seterusnya, team aku diundi lawan team SAMURAI FC, huhu, (ad kene  pncung dengan pedang samurai. hahax). PRITTT!!, main la, mule2 team kitorang kene dulu 1-0, pastu kitorang balas balik, AKU SCORE LAGI! hahax, kwan aku rembat, keeper tahan terlepas, aku sambung hehe, so, 1-1. last2 diorang  score lagi .. 2-1 , :(, lemah smangat aku, kitorang da usaha sehabis baik, akhirnya, raph tiup wisel,  tamat la perjuangan team aku, smpai di situ jek,

hurm, takpe la, team aku semua rase mcm tak sedih pon, sebab kitorang tak target team kitorang boleh lepas sampai sini, huhu, nak tau apa target kitorang?? target kitorang cuma dapat buat gol ,x kesah menang ke kalah, tapi, kitorang dapat lebih dari tu,  HAPPY gile beb!, sape sngka


bagi diri aku plak,aku puas sebab aku dapat buat 3 gol, sekali gus jadi TOP SCORER dlm team, wakaka~

da kemas2 ,bertolak la balik, dalam pkul 4 pagi baru kitorang semua smpai rumah,

aku tak dapat nak amek gmbr time kat sane sebab tak bwak kamera, henset plak sorg2 abis batery huhux, tak dapat nak kongsi gmbar dengan korang.

oke, 2 jek na story dalam entry nih, tengs bace =D


SALAM